September 20, 2012

Pagi yang indah pada hari Jumaat...


Jom Muhasabah diri !! Kita adalah apa yang kita fikirkan... 
Semoga kita semua mendapat pencerahan dari kata-kata hikmat beliau... InsyaAllah. 

5 Senaman yang dapat kecilkan peha anda..try it


Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:



Ni namanya kerusi bayangan...hehe..jom cuba macamana nak buat..


  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

Pergerakkan menggunting...yang ni memang i selalu buat b4 nak tido..xsusah pun ok ladies2... 


Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai/tilam dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.


Jom sama2 buat pusingan bulatan mcam ni ye utk dapatkan peha yang cntik idaman semua..

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.


Pakai kasut tinggi!



Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!



Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!

Nak kongsi satu rahsia..jom baca...

Selalunya kalo kita buat jus lemon @ dalam masakan kulitnya pasti akan dibuang kan..maklumla xsemua tahu yg kulitnya pun sgt2 berkhasiat. Jom kita baca apa kulit lemon boleh membantu untuk kesihatan kita bersama.. :)

Menurunkan Kandungan Kolesterol

Pengambilan kulit lemon dapat membantu menurunkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Kulit lemon mengandung kalium yang membantu mempertahankan tekanan darah. Kandungan Polifenol flavonoid membantu menurunkan kolesterol LDL, yang merupakan kolesterol jahat. Selain itu, vitamin C dan P juga terkandung di dalam kulit lemon, dan kedua vitamin ini membantu membersihkan pembuluh darah. Bila pembuluh darah Anda bersih, risiko timbulnya penyakit yang berhubungan dengan tekanan darah tinggi, jantung dan diabetes akan semakin menurun.

Melawan Kanser

Kulit lemon mengandung komponen bernama salvestrol Q40 dan limonene. Komponen tersebut melawan sel-sel kanser yang tumbuh di dalam tubuh. Selain itu, kandungan flavonoid di dalam kulit lemon sangat efektif membatasi perkembangan sel kanser. Itulah sebabnya, kulit lemon dikenal sebagai pencegah perkembangan sel kanser, seperti kanser usus, kanser payudara, dan kanser kulit.

Meningkatkan Kesihatan Tulang
Untuk memiliki tulang yang kuat dan sihat, Anda harus menyediakan jumlah kalsium yang baik. Kulit lemon tidak hanya mengandungi vitamin C, tetapi juga kalsium. Kulit lemon telah terbukti membantu pencegahan berbagai gangguan tulang, seperti rematik, patah tulang, osteoporosis, osteoarthritis dan polyarthritis inflamasi.

Meningkat Kekebalan Tubuh dan Memperbaiki Sistem Pencernaan
Inti dari mempertahankan kesihatan tubuh dan melindungi diri dari infeksi dan penyakit adalah meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Lagi-lagi, kulit lemon memiliki khasiat ini kerana kaya dengan vitamin C yang melindungi tubuh dari infeksi dan datangnya penyakit baru.Pengambilan atau memakan kulit lemon sangat efektif mengubati  flu, masuk angin,. Selain itu kulit lemon meningkatkan sistem pencernaan, kerana mengandungi serat yang mempercepatkan proses untuk proses pembuangan air besar..so, yang sentiasa mengalami masalah untuk sukar ke tandas tu..bolehla mencuba rahsia ini  ye..hehehe...

Menjaga Kesihatan dan Kebersihan Mulut

Bila Anda mengalamai defisiensi atau kekurangan vitamin C, Anda akan mudah mengalami berbagai gangguan pada mulut, seperti gusi berdarah, radang gusi dan lain lain. Kulit lemon mengandung banyak asam sitrat yang mencegah masalah gigi dan gusi. Oleh karena itu, daripada membuang kulit lemon, lebih baik kita makan kulit lemon...


Kulit Lemon dan Kulit Sihat
Kebanyakan, masalah yang muncul pada kulit adalah pigmentasi, bintik gelap, jerawat dan lain sebagainya. Gangguan-gangguan yang muncul pada kulit biasa juga disebut sebagai tanda-tanda penuaan. Kulit Lemon adalah sumber alami vitamin C dan asam sitrat, yang membantu dalam membersihkan pembuluh darah dalam tubuh dan menghilangkan semua kotoran yang ada dalam sel-sel kulit. Kulit Lemon benar-benar membuat kulit kita sihat. Kulit lemon juga bagus untuk jerawat kerana mengandung antioksidan yang mendetoksifikasi kulit.So daripada kita guna masker lemon..jom kita berubah dengan memakan kulit lemon...bukan saja untuk luaran..malahan untuk dalaman juga...

Meningkatkan Metabolisme dan Menurunkan Berat badan

Kulit lemon terdiri dari komponen yang dikenal sebagai pektin, yang membantu dalam penurunan berat badan. Pektin sebenarnya memiliki sifat yang boleh mengubah ke dalam bentuk jelly, sehingga mencegah tubuh kita untuk menyerap terlalu banyak gula, yang akhirnya membantu menjaga berat badan anda. Jadi, apabila kitameminum secawan air panas dengan air lemon, jangan lupa memakan kulitnya juga
.