October 31, 2012

Vitamin C Shaklee, bukan sekadar Vitamin C biasa..

Ascorbate adalah salah satu dari nutrient utama yanng bersifat antioksidan. Tugasnya menghapuskan radikal bebas dan penceroboh mikrob, serta berkerjasama dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan glutathione (sejenis asid amino). Menurut Dr Atkins, mereka yang mengamalkan vitamin C hidup lebih lama dari mereka yang kekurangan vitamin C.

Apakah tugas vitamin C dalam kesihatan kita?

Mengawal Jangkitan
Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan.

Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

Asma & Alergi
Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat.

Untuk asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma. Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

Serangan Jantung
Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

Stress
Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksik yang terhasil semasa stress.

Gout
Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.

Batu Hempedu
Menurut European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.
Masalah Penglihatan

Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

Tips Untuk Mendapatkan Khasiat Vitamin C Optimum:

  • Dapatkan yang jenis ‘Sustained Released’
  • Jangan ambil dos tinggi sekaligus, misalnya jika nak ambil 1000mg, ambil 500mg dulu pada satu2 masa.
  • Ambil bersama makanan (selepas makan) kerana enzim pencernaan membantu meningkatkan kepekatan vitamin C dalam darah.
  • Ambil bersama Iron untuk membantu penyerapan Iron

Vitamin C dengan Bioflavonoids.
Bioflavonoids adalah sejenis antioksidan, ia bekerjasama dengan vitamin C, di mana ia memperkasakan fungsi vitamin C. Bioflavonoids dalam buah-buahan sitrus adalah gabungan terbaik!
Dapatkan Vita-C Plus Shaklee sekarang untuk mendapat khasiat vitamin C terbaik!


sumber :http://healthy.babykawaiistore.com


Berminat untuk pembelian:
Ida
Shaklee Independent Distributor
SMS/PM 019-5991976
FanPage: https://www.facebook.com/vitamins4ushop  
 


Cantik dengan Vitamin E- Shaklee


Ini bukan sekadar cantik luaran (fizikal) sahaja, ya. “Cantik dalaman” juga… Mahu tahu bagaimana?

Bezakah setiap Vitamin E?
Shaklee mempunyai vitamin E yang mengandungi keperluan lengkap oleh tubuh iaitu 400iu dan beserta selenium.

Pada dasarnya vitamin E ialah untuk…

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan “premenstrual syndrome” dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia jugamengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan “retrolental fibroplasia”, sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

Ringkasnya :
1. Vitamin E membuatkan si pengamal nampak muda kerana vitamin E melambatkan proses penuaan. Pengambilan vitamin E yang konsisten sangat membantu dalam mendapatkan tekstur kulit yang cantik. Ianya juga membantu menghilangkan parut dan jeragat.Membantu wajah nampak lebih berseri dan tidak kusam.

2. Vitamin e mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser. Pengalaman ibu sendiri bila mengalami bengkak susu yang ketara, ibu akan mengambil dua biji vitamin E namun ianya bukanlah diamalkan secara berterusan cuma pada saat melalui saat bengkak susu atau clog duct.

Seorang teman sebelum ini mengalami masalah dimana tempat kemaluannya didapati mempunyai benjolan seperti bengkak ketumbuhan, beliau mengamalkan dua biji vitamin E selama 7 hari dan alhamdulillah ketumbuhan itu mengecut dengan sendirinya. Ini kerana Vitamin e membantu mengecutkan pertumbuhan abnormal sel dan melancarkan saraf terutama bagi ibu yang menyusu dan dapat mengelakkan bengkak susu yang berlarutan.

3. Vitamin e sangat membantu dalam aspek kesuburan. Bagi ibu yang menyusu, kedinginan adalah masalah biasa yang bakal dilalui disebabkan hormon prolaktin yang lebih tinggi dari hormon estrogen. Walau bagaimanapun melalui pengalaman ibu, pengambilan vitamin membantu mengatasi masalah kedinginan.

4. Vitamin E membantu pengaliran darah dengan lebih lancar. Membantu mengatasi masalah sarah belakang terutama mereka yang sering mengadu masalah sakit bahagian belakang badan.

5. Vitamin E membantu mempercepat proses baik luka. Sangat membantu apabila si ibu yang menyusu mengalami luka di bahagian nipple. Rata2 ibu yang menyusu akan melalui saat sukar apabila puting susunya melecet ataupun luka. Pengambilan yang konsisten sangat membantu si ibu recover dari kesakitan yang dilalui.

6. Bagi wanita yang pernah melahirkan anak, perasankah anda kawasan erola iaitu kawasan bahagian puting susu menjadi besar dan gelap. Semakin banyak kelahiran akan membuatkan ianya semakin gelap. Ibu membuat kesimpulan bahawa ianya merupakan pigmentation after kelahiran. Namun dengan pengambilan vitamin E yang konsisten membantu kawasan gelap itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula.

7. Bagi yang mempunyai masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.
Mahu cuba Vitamin-E? 
Sebotol Shaklee Vit-E (120 tabs) pada harga istimewa RM129 tidak termasuk kos penghantaran.

Cara membuat pesanan:
Email ke nieda_khalid07@yahoo.com 
SMS ke 019-5991976 untuk pesanan.


credit: http://alinalan.blogspot.com

Shaklee Halal Atau Haram? Status Halal Shaklee…

Shaklee halal atau haram, status halal Shaklee sering menjadi persoalan terutama kepada mereka yang belum pernah mencuba Shaklee. Ini adalah rentetan beberapa email dan perbincangan di forum yang meragui status halal Shaklee. Tambah2 dengan kenyataan INFANCA bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk Shaklee.

Beberapa fakta tentang status halal Shaklee:
  • Shaklee mendapat pengiktirafan halal oleh Islamic Service of America (ISA).
  • INFANCA (Salah sebuah badan pengeluar status halal di US) mengeluarkan kenyataan mereka tidak pernah luluskan status halal Shaklee & Shaklee tidak pernah memohon status halal dari INFANCA.Ini kerana Shaklee sudah diiktiraf oleh ISA.
  • JAKIM juga tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada Shaklee, walau bagaimanapun, ISA adalah badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
United States of AmericaIslamic Services America
Dari website Jurnal Halal
ISA yg mengeluarkan sijil halal Shaklee adalah sebuah badan pengeluar sijil halal terkemuka di dunia.

6.5 Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years.

dari website rasmi JAKIM

Shaklee telah menang kes di mahkamah berhubung sijil halal terhadap INFANCA.

Shah Alam High Court dismisses suit against Shaklee Malaysia
KUALA LUMPUR Nov 2 – The Shah Alam High Court has dismissed a suit filed by the Islamic Food and Nutrition Council of America (IFANCA) against Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd.

In dismissing the case with costs, Judge Dato’ Zulkefli Makinudin ruled that IFANCA’s application for an injunction to stop the company from selling its products was not supported by facts as contained in its affidavits, and that there was “no real issue” between the parties, Shaklee Malaysia said in a statement recently.

Shaklee Malaysia, which has 100,000 distributors in the country, is a multi-level marketing company with more than 40 years of experience.

Julie Yeap, general manager of the company, said Shaklee Malaysia had realised strong double-digit sales growth last year and expected this positive trend to continue next year.

She said Shaklee Malaysia would launch hair-care products and indoor air purification systems next year.

Ini adalah sijil Halal Shaklee yang dikeluarkan oleh ISA
halal haram shaklee
Maka gunakan Shaklee tanpa was-was ya Shaklee juga merupakan produk yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Apa bezanya Shaklee dengan supplement lain? Ia adalah produk dari bahan semulajadi yang amat sesuai dengan tubuh manusia. Secara amnya ada 3 jenis supplement:
Yang dibuat dari bahan natural dan semulajadi.
Yang dibuat dari bahan sintetik.
Yang dihasilkan dari tindakbalas kimia bahan-bahan kimia tertentu.

Jadi selain status halal, periksalah jenis vitamin yang anda ambil kerana jenis ke-2 dan ke-3 di atas boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan, seperti:
Badan tidak mampu berfungsi secara mandiri sebaliknya memerlukan 'vitamin' tersebut untuk bekerja.
Memberi kesan kepada organ dalaman seperti otak dan buah pinggang.
Mengubah DNA sel badan dan membuatkannya cepat rosak.

Carilah yang halal, kerana yang halal itu fardu. Dan pilihlah yang dibuat dari bahan semulajadi, kerana ia paling sesuai dengan tubuh kita.