Biasanya apabila sakit kepala atau demam kita disarankan mengambil
paracetamol atau biasa dipanggil ‘panadol’. Paracetamol adalah ubat yang
paling selamat untuk digunakan. Namun begitu, ia tetap mempunyai kesan
sampingan terutama apabila diambil secara berpanjangan. Begitulah juga
dengan ubat-ubatan lain jadi jangan pandai2 ambil ubat tanpa arahan dari
doktor.
Antara kesan sampingan dari penggunaan paracetamol adalah kerosakan
hati dan buah pinggang. Pengambilan paracetamol yang berpanjangan boleh
menyebabkan Hepatotoxicity yakni toksin dalam hati yang menyebabkan
kerosakan hati dan Nefrotoxicity yakni kerosakan buah pinggang.
Paracetamol tidak boleh diambil setiap hari secara berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan keadaan-keadaan di atas.
Jadi, apakah alternatif bagi mengatasi masalah demam dan sakit kepala?
Pertama sekali harus kita ingat, demam bukan satu penyakit. Sebaliknya ia adalah petanda tubuh kita sedang bekerja untuk melawan kuman2 yang menyerangnya. Kerana itu suhu badan menjadi tinggi bagi menyediakan ‘suasana’ yang membantutkan perkembangan kuman-kuman tersebut.
Namun begitu, harus berjaga2 agar demam tidak terlalu tinggi hingga melebihi 38 darjah Celcius, ia mungkin satu petanda bahaya!
Untuk mengatasi demam ringan dan sakit kepala tanpa ubat-ubatan, saya
menyarankan Performance Drinks dan Vita-C Plus sebagai satu jalan.
No comments:
Post a Comment