October 15, 2012

Kelebihan GLA dan yang terbaik daripada Shaklee

GLA adalah gamma-linolenik acid, yang mana terdapat dalam bunga borage, evening primrose (EPO) dan bunga safflower. GLA mempunyai pelbagai kebaikan dalam kehidupan kita. Tubuh kita sebenarnya boleh menghasilkan GLA sendiri daripada linolenik asid yang kita amik (jika ada).

Antara faedah2 GLA terhadap tubuh kita:-
 
Imuniti Tubuh 
Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu.
 
Masalah Kolesterol 
Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.
 
Artritis 
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.
 
PMS 
Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.
Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.
Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.

GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.

Di mana nak dapatkan sumber GLA terbaik ni? Dapatkan GLA Complex dari Shaklee hari ini!
 
 
 
nieda_khalid07@yahoo.com
 
 
 
 
019-5991976

Nak atasi demam dan sakit kepala tanpa ubat

Biasanya apabila sakit kepala atau demam kita disarankan mengambil paracetamol atau biasa dipanggil ‘panadol’. Paracetamol adalah ubat yang paling selamat untuk digunakan. Namun begitu, ia tetap mempunyai kesan sampingan terutama apabila diambil secara berpanjangan. Begitulah juga dengan ubat-ubatan lain jadi jangan pandai2 ambil ubat tanpa arahan dari doktor.

Antara kesan sampingan dari penggunaan paracetamol adalah kerosakan hati dan buah pinggang. Pengambilan paracetamol yang berpanjangan boleh menyebabkan Hepatotoxicity yakni toksin dalam hati yang menyebabkan kerosakan hati dan Nefrotoxicity yakni kerosakan buah pinggang.

Paracetamol tidak boleh diambil setiap hari secara berpanjangan kerana ia boleh menyebabkan keadaan-keadaan di atas.
Jadi, apakah alternatif bagi mengatasi masalah demam dan sakit kepala?
Pertama sekali harus kita ingat, demam bukan satu penyakit. Sebaliknya ia adalah petanda tubuh kita sedang bekerja untuk melawan kuman2 yang menyerangnya. Kerana itu suhu badan menjadi tinggi bagi menyediakan ‘suasana’ yang membantutkan perkembangan kuman-kuman tersebut.
Namun begitu, harus berjaga2 agar demam tidak terlalu tinggi hingga melebihi 38 darjah Celcius, ia mungkin satu petanda bahaya!
Untuk mengatasi demam ringan dan sakit kepala tanpa ubat-ubatan, saya menyarankan Performance Drinks dan Vita-C Plus sebagai satu jalan.



Performance Drink, minuman hidrasi dari Shaklee merupakan minuman yang wajib ada di rumah saya. Selain dari amalan bersukan suami, ia juga untuk menghadapi saat-saat ketika demam dan tak sedap badan melanda. Terutama di kalangan anak-anak yang aktif, Performance Drink adalah minuman yang harus diberi tatkala mereka menunjukkan simptom demam.

Ia berkonsepkan ‘rawat dengan air’ yang mana Performance Drink memelihara kandungan bendalir badan agar tidak terhidrat dan mengelakkan simptom demam menjadi lebih teruk.

Vitamin C pula menurut Mayo Clinic, jika diambil dengan dos yang tinggi (2000mg) ia membantu memendekkan jangkamasa demam. Penting bagi ibu dan juga bapa untuk tidak mengalami demam dan tak sedap badan yang berpanjangan.

Jadikan 2 benda ini sebagai salah satu item dalam ‘First Aid Kit’ di rumah. Pilihlah yang lebih selamat dan bermanfaat untuk keluarga kita.

Hubungi saya untuk membuat pesanan.
Independent Shaklee Distributor- Ida
0195991976
nieda_khalid07@yahoo.com