October 28, 2012

Sintetik,Organik atau Semulajadi..yang mana satu pilihan anda??

Pernah dengar pengambilan vitamin membahayakan? Bukankah vitamin dan nutrien sangat diperlukan oleh badan. Bagaimana pula ia boleh membahayakan? 

Hurm…dalam penghasilan supplemen ada 3 kategori iaitu sintetik, organik dan semulajadi. Untuk lebih mudah faham, jom rujuk di bawah.


Sintetik 
  • Nutrien yang dihasilkan dalam persekitaran makmal daripada bahan-bahan kimia 
  • Kosnya menghasilkannya lebih murah dan sebab tu harganya lebih murah kan berbanding harga vitamin2 organik..so,inilah rahsianya.. :)
  • Dari label- vitamin sintetik dilabelkan dengan huruf "I" berbanding huruf "d" untuk vitamin semulajadi... bole rujuk How to understand food supplement labels by Dr. Bruce B. Miller.
  • Kebanyakkan makanan tambahan adalah tediri daripada jenis ini yang dijual di farmasi

 
Organik
  • Nutrien yang khususnya dipencilkan dari satu sumber semulajadi , biasanya dengan menggunakan haba, tekanan yang tinggi atau pelarut kimia yang  tinggi.
  • Ko-faktor yang ada pada nutrien akan lesap tanpa diganti.
  • Semasa pemprosesan ia melibatkan: 
          * haba yang berlebihan
          * produk petroleum biasanya digunakan dan ia menyebabkan kehilangan nutrien.


Semulajadi
  • Dihasilkan dengan pemprosesan seminima mungkin dan kepekatan nutrien adalah dalam keseimbangan yang menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi.
  • Kos menghasilkannya lebih tinggi berbanding dengan sintetik
  • Perlukan pelaburan yang tinggi dalam sumber semulajadi yang berkualiti
  • Kebanyakkan syarikat tidak menjual vitamin atau mineral semulajadi. Shaklee satu-satunya yang berbuat sedemikian.(Rujuk: A consumer Report by Editors of Research Institute for Preventive Health Care)


 

Kenapa ESP pilihan ramai orang dan menjadi HOT seller Shaklee??

  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan
  • Energy Booster yang tahan berjam-jam
  • membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung
  • Mengandungi ke semua 9 jenis asid amino penting badan (yang xdapat dibuat sendiri oleh badan)
  • Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah
  • Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.
  • tidak mengandungi kolesterol dan laktosa.
  • Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah.
  • Kajian menunjukkan yang soya membantu menstabilkan hormon semasa peralihan ke monopaus.
  • TIADA perasa, pewarna tiruan, pemanis, atau bahan tambahan selainnya.
  • TIADA CAFFEINE
  • Sesuai untuk VEGETARIAN
Peringatan :
  • TIDAK BOLEH dibancuh dengan air panas kerana akan memusnahkan protein di dalamnya. Bancuh dengan air suam atau sejuk.
  • Maximum pengambilan adalah 3 sudu besar sehari SAHAJA. Maklumat lanjut, baca sini  
Cara bancuhan :
  • Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan satu sudu ESP, masukkan air lagi, tutup dan goncang bekas minuman.
  • Boleh dicampurkan dengan air masak atau air berperisa (horlick, oren, bandung).
  • Lagi resipi ESP di SINI
 sumber : http://mamacergas.blogspot.com/2012/03/tak-percayalah-betul-ke-esp-membuatkan.html



Kenapa Soy Protein Shaklee tidak boleh diambil melebihi 3 sudu

Protein adalah salah satu keperluan tubuh yang penting untuk imuniti. Protein penting untuk untuk pembentukan dan pembaikpulihan sel. Oleh itu, dalam melindungi dan menjaga tubuh dari jangkitan, protein memainkan peranan penting. 


Antibodi juga adalah terdiri dari jenis-jenis protein.

Mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.

Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.

Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.

Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang boleh menurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.

Oleh itu, pengambilan Soy Protein Shaklee dihadkan kepada 3 sudu sehari sahaja, bagi mengelakkan risiko pada masa hadapan
soy protein

Energizing Soy protein Shaklee adalah non-GMO soy, iaitu soya asli yang tidak menjalani proses yang mengubah kandungan genetik organismanya.

Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?

Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

sumber : Shaklee Trial Pack

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Alfalfa Complex

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 

Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi. Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Apakah kebaikan Alfalfa?

(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy

(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera

(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa

(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau

(5) Promotes pituitary gland function

(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)

(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.

(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.


Mengatasi Badan anda yang lemah dan lesu

Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?
 

Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan
Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu
 

Vitamin A
Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen2 yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.
 

Vitamin A juga berguna untuk imuniti.
 

Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.
 

Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.
 

Vitamin D
Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).
 

Vitamin E
Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, monopos, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.
 

Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk mengatasi badan lemah dan lesu?