October 16, 2012

Best Vitamin Should I Take When… Stay Beautiful & Healthy

Kelihatan cantik adalah fitrah semua orang kan? Semua orang nak kelihatan cantik dan kacak, terutama di depan orang tersayang – suami dan isteri.

Kecantikan luaran adalah gambaran kepada apa yang kita lakukan secara dalaman. Pemakanan dan amalan spiritual tergambar pada fizikal kita, terutama pada wajah. Amalan yang utama bagi Muslim ialah dengan berwuduk yang sempurna, sepertimana pendapat ramai ulama bahawa wuduk yang sempurna memberi kesihatan yang baik dan wajah yang berseri.

Seiring dengan itu, penjagaan diri dari segi pemakanan dan penjagaan diri amat penting untuk sentiasa kelihatan cantik dan berseri.


Untuk kelihatan cantik dan berseri, beberapa langkah di bawah adalah asas yang utama:-
  • Minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
  • Kurangkan pengambilan makanan bertapis terutama gula.
  • Mengambil protein secukupnya.
  • Cukupkan keperluan vitamin badan, yang mana ia amat penting untuk tona kulit dan kesihatan saraf.
  • Pengambilan antioksidan melindungi kulit agar kelihatan sentiasa muda berseri, serta memelihara sel kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Vitamin C dengan bioflavonoids membantu memperbaiki kerosakan kapilari serta menjaga keutuhan tisu.
  • Vitamin E memperbaiki aliran darah dalam kapilari2 halus pada kulit, sekaligus membantu dalam pembaharuan sel pada dermis dan epidermis.
  • Vitamin B Complex membantu dalam pembinaan sel baru.
  • Asid lemak Omega-3 & Omega-6 menjaga lembapan kulit.
  • Asid amino L-Cystein membantu mengekalkan kulit yang sihat dan muda.
  • Zinc membantu dalam perkembangan dan baikpulih kulit yang rosak.
Apakah yang Shakee sediakan untuk stay beautiful & healthy?
Cadangan supplemen asas:

Asas Kulit Cantik : Vita E, Vita C, B Complex

 
Extra with Energizing Soy Protein


Untuk Kulit Jerawat

Tambahan untuk kulit cantik (boleh ditambah dengan mana2 supplement untuk kulit cantik)

Dan kini ada satu lagi nutrisi yang sangat istimewa untuk kulit yang lebih muda!
Nak cantik, bukan kesan segera.. Berhati2lah memilih barangan untuk bercantik-cantik ni. Menurut Dr Masrsha Gordon, timbalan presiden di jabatan Dermatology Mount Sinai School of Medicine, “Sekiranya ada krim yang dapat memberi kesan yang sama seperti prosedur perubatan (cepat dan berkesan), kemungkin ia adalah DADAH, dan bukan BAHAN KECANTIKAN”.

Pilihlah yang terbaik, biar lambat asal selamat!


nieda_khalid07@yahoo.com

019-5991976


Kenali Fitochemical (phytochemical)

Apakah phytochemical? Ia adalah bahan kimian dalam tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri perlindungan dan pencegahan dari penyakit. Ciri2 ini melindungi tumbuhan dari ancaman2 yang menyerang mereka, dan kajian terbaru menunjukkan bahan2 kimia ini juga turun membantu dalam kesihatan manusia.

Jenis2 phytochemicals dan fungsinya:

ANTIOKSIDAN – menjaga sel dari dirosakkan oleh radikal bebas. phytochemical yang punyai ciri antioksidan : allyl sulfides dalam bawang putih, carotenoids dalam lobak merah, flavonoids dalam oren dan polyphenolds dalam daun teh.

TINDAKAN HORMON – membantu mengurangkan simptom menopos dan osteoporosis. Contohnya isoflavones dalam soya.

MENSTIMULASI ENZIM – merangsang enzim yang menjadikan estrogen kurang efektif, lalu mengurangkan risiko kanser payudara. COntohnya indoles dalam kubis.

MENGGANGGU REPLIKASI DNA – apabila DNA sel dapat ‘ditiru’, sel kanser mungkin berkembang dengan pesat. oleh itu saponin dalam alfalfa membantutkan proses ini dan mengurangkan risiko kanser.

ANTI-BAKTERIA – ciri2 ini dipunyai oleh allicin dalam bawang putih.

TINDAKAN FIZIKAL – mengelakkan mikroorganisma atau sebagainya yang boleh menyebabkan jangkita bergabung dengan sel tubuh kita. Ciri2 ini dipunyai oleh proanthocyanidins dalam cranberry.

Phytochemical wujud secara semulajadi dalam tumbuhan, namun penggunakan pestisid, herbisid dan insektisid dan GMO menyebabkan tumbuh-tumbuhan ‘bergantung’ kepada faktor2 tersebut dan tidak lagi mengeluarkan bahan2 tersebut sebagai perlindungan diri.

Oleh itu amat penting untuk mengutamakan makanan dari tumbuhan yang ditanam secara organik (tanpa penggunaan racun) serta non-GMO agar pertahanan semulajadi tumbuhan ini terpelihara.