October 06, 2012

Set Vitamin untuk Cantikkan Kulit




Vitamin untuk kulit cantik
Semua orang pasti inginkan kulit cantik, berseri, gebu, licin, halus...kan?? betul tak??? kalau muka kusam, tak berseri..nak keluar dari rumah pun rasa segan..betul??? nak jaga kulit muka ni..bukan setakat penjagaan luaran je tauu.. penjagaan dari dalam pun penting...inner beauty kata orang...lebih berkekalan..

ketahuilah...vitamin2 berikut memang penting untuk dapatkan kulit yang cantik
vitamin E
vitamin B
vitamin C
Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
- Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
- Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
- Menjaga kelembapan kulit
- Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
- Melawan penuaan

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
- Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
- menjaga kelenturan, serta kehalusan kulit
- Mencerahkan kulit
- untuk merangsang dan meningkatkan penghasilan kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. 
- membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu. 

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
- melembabkan kulit
- Mencegah pigmentasi
- Melambatkan tanda penuaan
- Mengubati jerawat
- Mengurangkan garis-garis halus di kulit
- Penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B complex diperlukan
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
Mencegah penuaan
Menjadikan kulit lebih kenyal
Mencerahkan kulit
Menjaga kulit dari sinaran UV
Mengurangkan parut jerawat
Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
Menjadikan wajah lebih berseri

Bukan itu saja, malah anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga kerana gabungan vita C dan Vita E merupakan antioksidan yang hebat untuk melawan radikal bebas dalam tubuh kita. B Complex pula menukarkan makanan kepada tenaga, menjadikan kita lebih bertenaga selepas makan.

No comments:

Post a Comment